PENGENALAN

 

Yuk.. Sebelum kita belajar Bahasa Arab lebih lanjut, ayuh kita kenal terlebih dahulu tentang bahasa ini. Secara ringkasnya Bahasa Arab adalah bahasa terbesar dari segi jumlah penuturnya dalam keluarga Bahasa Semitik. Bahasa ini berkait rapat dengan Bahasa Ibrani dan Bahasa Aramia.

Bahasa Arab Moden berasal daripada Bahasa Arab Klasik yang menjadi bahasa kesusasteraan dan bahasa rasmi Islam sejak sekitar abad ke-6. Penulisan Bahasa Arab adalah bermula dari kanan ke kiri.

Bahasa Arab telah memberikan banyak kosa kata kepada bahasa lain dari dunia Islam, sama seperti peranan Latin kepada kebanyakan bahasa Eropah. Semasa Zaman Pertengahan bahasa Arab juga merupakan alat utama budaya, terutamanya dalam sains, matematik, dan falsafah, yang menyebabkan banyak bahasa Eropah turut meminjam banyak kata daripadanya.

Rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Arab

 

Bahasa ini adalah asli di Algeria. Bahrain, Mesir. Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Mauritania, Maghribi, Oman, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Syria, Tunisia, U.A.E, Sahara Barat, dan Yaman. Majoriti di Israel, Iran, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei. Minoriti di Jerman. Selain itu, ia juga adalah bahasa asas bagi umat Islam dan salah satu daripada Bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini..Tq 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Biografi Sensei