Posts

Showing posts with the label biodata

Biografi Sensei

HAI, Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada kalian yang sudi singgah di blog sensei ini. Sebelum kita belajar lebih lanjut, ayuh kita berkenalan terlebih dahulu dengan Hoshi Sensei. Perkataan Hoshi itu diambil daripada Bahasa Jepun sempena makna nama sebenar Sensei yang bermaksud bintang. Sekarang bekerja sebagai seorang guru tetap di sebuah Kolej Vokasional di Malaysia, dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam mata pelajaran Bahasa Arab khususnya, serta berpengalaman juga mengajar beberapa subjek lain seperti: Pendidikan Islam, Sejarah, Syariah Islam, Hifz Quran, Pendidikan Kerjaya dan Kokurikulum. Sejarah sensei mula mengenali Bahasa Arab sejak dari kecil lagi, iaitu bermula umur 4 tahun, dengan mula belajar mengaji Al-Quran, kemudian dengan lebih khusus ketika kelas KAFA di sekolah rendah, seterusnya sambung lagi di SMKA, ambil STAM dan akhirnya di menara gading khusus dalam bidang Bahasa arab dengan Pendidikan. Jadi oleh itu, sensei akan berkongsi serba sedikit ilmu yang penuh