Posts

Showing posts with the label bahasa

PENGENALAN

  Yuk.. Sebelum kita belajar Bahasa Arab lebih lanjut, ayuh kita kenal terlebih dahulu tentang bahasa ini. Secara ringkasnya Bahasa Arab adalah bahasa terbesar dari segi jumlah penuturnya dalam keluarga Bahasa Semitik. Bahasa ini berkait rapat dengan Bahasa Ibrani dan Bahasa Aramia. Bahasa Arab Moden berasal daripada Bahasa Arab Klasik yang menjadi bahasa kesusasteraan dan bahasa rasmi Islam sejak sekitar abad ke-6. Penulisan Bahasa Arab adalah bermula dari kanan ke kiri. Bahasa Arab telah memberikan banyak kosa kata kepada bahasa lain dari dunia Islam, sama seperti peranan  Latin  kepada kebanyakan bahasa Eropah. Semasa  Zaman Pertengahan  bahasa Arab juga merupakan alat utama budaya, terutamanya dalam sains, matematik, dan falsafah, yang menyebabkan banyak bahasa Eropah turut meminjam banyak kata daripadanya . Rujukan: https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Arab   Bahasa ini adalah asli di Algeria. Bahrain, Mesir. Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Mauritania, Maghribi,