Biografi Sensei
HAI, Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada kalian yang sudi singgah di blog sensei ini. Sebelum kita belajar lebih lanjut, ayuh kita berkenalan terlebih dahulu dengan Hoshi Sensei.
Perkataan
Hoshi itu diambil daripada Bahasa Jepun sempena makna nama sebenar Sensei yang
bermaksud bintang. Sekarang bekerja sebagai seorang guru tetap di sebuah Kolej
Vokasional di Malaysia, dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam mata pelajaran Bahasa
Arab khususnya, serta berpengalaman juga mengajar beberapa subjek lain seperti:
Pendidikan Islam, Sejarah, Syariah Islam, Hifz Quran, Pendidikan Kerjaya dan
Kokurikulum.
Sejarah sensei
mula mengenali Bahasa Arab sejak dari kecil lagi, iaitu bermula umur 4 tahun,
dengan mula belajar mengaji Al-Quran, kemudian dengan lebih khusus ketika kelas
KAFA di sekolah rendah, seterusnya sambung lagi di SMKA, ambil STAM dan
akhirnya di menara gading khusus dalam bidang Bahasa arab dengan Pendidikan.
Jadi oleh itu, sensei akan berkongsi serba sedikit ilmu yang penuh kekurangan ini kepada kalian yang sudi membaca blog ini beberapa subjek seperti: bahasa arab, agama islam, tips dan lain-lain perkara yang sensei ada untuk kalian.
Semoga
perkongsian sensei ini dapat memberi manfaat kepada kalian semua..
Comments
Post a Comment